fbpx

TAKAFUL WANITA

Zaman moden harini menyaksikan wanita bukan lagi sekadar duduk di rumah dan di ceruk dapur. Ramai wanita harini bekerja dan berniaga sama hebat dengan kaum adam, malah ada juga yang lebih hebat. Peranan wanita daripada dulu kala sehingga hari ini adalah sangat penting bagi membangunkan masyarakat yang madani.

Namun begitu, seorang wanita berdepan pelbagai risiko khusus sepanjang kehidupan. Dari usia muda, dewasa sehinggalah ke usia emas. Wanita berisiko berhadapan dengan ujian penyakit-penyakit yang khusus tuhan ciptakan untuk terkena hanya pada wanita. Wanita juga berisiko tersilap membuat pilihan pasangan hidup. Kesilapan ini akan membawa wanita meneruskan kehidupan bersendirian. Selain daripada itu, jika pasangan ditakdirkan menghadap ilahi terlebih dahulu, seorang wanita juga berisiko hidup bersendirian hingga ke akhir hayat. Selain daripada pasangan (suami) perlu menyediakan perancangan kewangan mewariskan aset tunai melalui hibah takaful, seorang wanita juga seharusnya membuat perancangan kewangan menghadapi situasi luar jangka melalui risiko khusus kepada wanita supaya tidak terhimpit dengan beban kewangan apabila terpaksa menghadapinya secara bersendirian.

Seorang wanita seharusnya bersedia dari segi kewangan, bukan sahaja dari pengumpulan wang melalui pekerjaan atau perniagaan, pelaburan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang tetapi juga kesediaan kewangan untuk berhadapan perkara tak dijangka.  Takaful wanita bertujuan menjaga kebajikan kewangan wanita sewaktu hidup berbanding selepas kematian. 

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda  beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.