fbpx

TAKAFUL UNTUK PERWARISAN

Ramai dari kita yang berkerja atau berniaga harini, selain untuk menanggung kos sara hidup, juga untuk wariskan sedikit harta kepada keturunan kita. Junjungan besar Nabi Muhammad juga pernah berkata, sesungguhnya meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta.

Ada yang buat satu kerja atau berniaga tapi fokus dan tak kurang ramai yang buat banyak kerja atau perniagaan dalam satu masa untuk kumpul harta bagi ditinggalkan pada anak dan cucu. Tak kurang juga yang buat pelbagai rancangan untuk wariskan harta yang banyak di masa depan, termasuk lah rancangan melalui pengumpulan aset dengan berhutang dan ramai juga yang menyertai pelaburan. Semua ini tujuan untuk jangka masa panjang yang ingin dicapai – kebebasan kewangan diri sendiri dan juga keluarga.

Namun begitu, bukan semua perancangan ditakdirkan akan berjaya. Ada yang berhasil seketika. Ada yang terhenti di tengah jalan.  Ada yang merancang dengan simpanan tetap setiap bulan selama puluhan tahun supaya buahnya dapat dituai di penghujung waktu. Namun, belum sempat sampai di penguhujung, ditakdirkan segala-galanya terhenti di tengah jalan.

Selain sebagai alat perlindungan kewangan, takaful juga boleh menjadi alat bagi menjana perwarisan yang baik. Seseorang yang membuat perancangan meninggalkan harta kepada waris sepatutnya merancang takaful untuk perwarisan supaya impian tersebut tercapai.   

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda  beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.