fbpx

TAKAFUL UNTUK PELUPUSAN HUTANG

Selepas dapat duit gaji atau untung berniaga, hujung bulan mesti tinggal sikit. Kebanyakannnya adalah untuk bayar komitmen bulanan kita kepada yang berhak. Ramai yang merasa susah hati bila kena lunaskan pelbagai jenis komitmen hutang, apatah lagi usia yang meningkat setiap hari yang mungkin ajal boleh menjemput bila-bila masa sahaja.

Yang menjadi kerisauan semua orang adalah jika hutang tak dapat dilunaskan, terpaksa diwarisi oleh anak dan cucu. Malah ramai juga yang risau tak dapat bayar hutang sebelum ajal menjemput kerana banyak kisah yang menggalakkan hutang dilunaskan sebelum meninggalkan dunia yang fana. Tak habis takat dunia saja bab hutang ni!

Takaful boleh berfungsi sebagai alat pelupusan hutang yang baik. Buangkanlah rasa resah dan gundah gulana dalam hati memikirkan cara nak lunaskan hutang setelah ajal menjemput. Perancangan takaful yang baik boleh dirancang untuk selesaikan semua hutang kita setelah meninggal dunia. Pilihlah hidup yang tenang daripada menanggung siksa memikirkan lepas mati siapa nak tolong bayar hutang!

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda  beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.