fbpx

TAKAFUL UNTUK GANTIAN PENDAPATAN

Duit bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Macam biasa dengar kan?

Sewaktu tempoh Perintan Kawalan Pergerakan (2020), semua orang kena sekat daripada pergi bekerja atau berniaga untuk tempoh tertentu, kecuali beberapa sektor industry yang penting. Kita boleh tengok ramai orang hilang pendapatan akibat TIDAK DAPAT KELUAR BEKERJA ATAU TAK DAPAT KELUAR BERNIAGA. Income hanya dapat separuh atau terputus sebab disekat keluar bekerja dan berniaga. Ramai yang mengeluh tak ada duit. Nak beli makan minum, bayar bil dan sebagainya. Mujurlah ada inisiatif dari pemerintah untuk bagi kelonggaran kewangan tertentu seperti moratorium dan bantuan tunai secara one off. Dalam dua hingga tingga bulan jugak keadaan kita macam tu.

Walaupun keaadaanya macam itu, keadaan beransur pulih tak lama dari tempoh tu. Industri-indutsri lain mula dibuka semula, ramai orang dapat bekerja dan berniaga semula macam biasa, dengan syarat tertentu dan SOP tertentu. Kalau kita renung semula, tempoh tersebut dua hingga tiga bulan saja bagi yang kehilangan pendapatan sebab tak boleh keluar bekerja atau berniaga. Dalam tempoh tu, ada pulak bantuan dari pihak tertentu untuk ringankan beban kita semua.

Sekarang cuba bayangkan, orang yang ditakdirkan hilang pendapatan macam dalam tempoh PKP tu, tapi bukan untuk sebulan, dua atau tiga bulan, tapi hilang pendapatan untuk tempoh beberapa tahun atau mungkin selama-lamanya disebabkan tak boleh keluar bekerja atau berniaga. Punca hilang pendapatan akibat tak boleh keluar bekerja disebabkan sakit kritikal ataupun hilang upaya kekal. 

Memang tak mungkin terjadi pada semua orang, namun jika terjadi pada seseorang ia akan bawa kesan besar dalam hidup dia dan keluarga. Dua hingga tiga bulan kita tersekat pendapatan pun ramai dari kita dah rasa susahnya, apatah lagi jika keadaaan berlarutan hingga bertahun-tahun atau mungkin selama-lamanya.

Dengan buat perancangan takaful untuk penggantian pendapatan, kita boleh merancang supaya pendapatan kita tetap ada walaupun terpaksa menghadapi situasi di atas. Masih boleh makan minum, masih boleh bayar bil, bayar yuran sekolah anak dan semua komitmen kita. Tambahan pula, dengan situasi tu, bukan saja perlukan duit untuk perbelanjaan harian, tapi juga perlukan kos rawatan yang tinggi. Yang paling penting, kita berusaha agar kebajikan kita dan sekeluarga masih dalam keadaan yang baik walaupun berada di dalam situasi di atas.

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.