fbpx

TAKAFUL KAD PERUBATAN & KESIHATAN

Kos perubatan meningkat setiap tahun. Kos perubatan ini jika tidak dirancang dengan betul, bakal mengakibatkan segala hasil penat lelah kita diserahkan kepada hospital. Sejak dari dulu, minda kita sering diberitahu buat simpanan “untuk sakit demam”. Sebab itu ramai yang mengambil keputusan untuk letak sebahagian simpanan daripada gaji atau hasil perniagaan bertujuan “untuk sakit demam”.

Jika kos sekadar untuk sakit demam yang bertahap demam, bolehlah simpanan kita mencukupi untuk tujuan merawat. Bagaimana pula jika sakit demam itu berada di tahap yang kritikal dan memerlukan belanja rawatan sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit. Seseorang menyimpan sehingga RM50,000 untuk tujuan “sakit demam”. Ditakdirkan satu hari, “sakit demam” itu memerlukan belanja kos rawatan sehingga RM40,000. Ada baki Rm10,000. Tak lama selepas itu, datang lagi “sakit demam” bernilai RM40,000 lagi. Di mana boleh kita dapatkan baki lagi? Pinjam dari kawan, saudara mara atau sampai ke tahap menjual rumah? Begitu juga jika simpanan untuk “sakit demam” ada RM50, 000, tetapi kos rawatan “sakit demam” itu menjangkau RM80,000 atau lebih lagi?

Membuat perancangan takaful kad perubatan dan kesihatan adalah supaya kita tidak perlu menghabiskan simpanan yang dikumpul dengan penat lelah bekerja atau berniaga. Kalau kita boleh rancang takaful perubatan dan kesihatan bagi tujuan “untuk sakit demam”, buat apa kita nak habiskan simpanan hasil penat lelah bekerja atau berniaga puluhan tahun?

Perancangan takaful kad perubatan dan kesihatan bukanlah untuk menjamin memberi anda perlindungan daripada terkena sakit, tetapi ia boleh membantu membuat perlindungan kepada wang dan aset anda daripada habis digunakan untuk kos rawatan.

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda  beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.