fbpx

TAKAFUL ANAK & PENDIDIKAN

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Perancangan takaful untuk anak merangkumi perancangan jangka masa pendek dan perancangan jangka masa panjang. 

Perancangan jangka masa pendek termasuklah penyediaan dana perubatan dan kesihatan untuk anak. Penyediaan dana perubatan dan kesihatan kepada anak adalah bagi menampung kos rawatan dan perubatan yang kian meningkat tinggi terutamanya melibatkan anak di usia yang masih kecil. Oleh itu, fokus kepada takaful perubatan untuk anak adalah supaya duit gaji atau simpanan dan aset ibubapa tidak bocor atau terpaksa dikorbankan jika menghadapi kos rawatan dan perubatan yang tinggi. 

Perancangan jangka masa panjang termasuklah perancangan simpanan pendidikan untuk anak. Selain daripada menanggung kos perubatan dan rawatan yang tinggi, takaful untuk anak juga boleh dijadikan sebagai sumber kedua simpanan untuk tujuan pendidikan di masa depan. Ia boleh digunakan sebagai wang tambahan kepada pelaburan pendidikan yang telah dirancang oleh ibu bapa. 

Oleh itu, dengan mmebuat perancangan takaful untuk perubatan dan pendidikan anak, sepanjang tempoh anak sedang membesar, sebagai ibu bapa anda tidak perlu khuatir dengan kos berkaitan perubatan kesihatan dan simpanan pendidikan dengan membuat perancangan takaful untuk anak yang berkesan.

Klik di bawah jika ada sebarang pertanyaan, ingin buat temujanji untuk bincang perancangan takaful atau untuk mendapatkan quotation. Saya akan bantu beri panduan kepada anda  beberapa perancangan takaful terbaik, menepati keperluan dan menepati bajet anda dari beberapa Operator Takaful/Penanggung Insuran. Saya merupakan Wakil Penasihat Kewangan yang diluluskan Bank Negara Malaysia yang boleh membantu anda membuat perbandingan untuk pelbagai Operator Takaful/Penanggung Insuran.