fbpx

SIAPA WAKIL PENASIHAT KEWANGAN?

(MENURUT AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013 & AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013)

“Penasihat Kewangan yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan.

“Wakil Penasihat Kewangan” ertinya individu, walau bagaimanapun digelar dalam penggajian langsung, bertindak bagi atau melalui perkiraan dengan penasihat kewangan yang diluluskan, yang menjalankan bagi penasihat kewangan itu apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan penasihat kewangan.

“Perniagaan nasihat kewangan” ertinya mana–mana yang berikut:

(a) menganalisis keperluan perancangan kewangan seorang yang berhubungan dengan suatu produk insuran/takaful;

(b) mengesyorkan suatu produk insuran/takaful yang sesuai kepada seseorang;

(c) mendapatkan suatu produk insuran/takaful daripada penanggung insuran berlesen/pengendali takaful berlesen kepada seseorang;

(d) mengatur suatu kontrak berkenaan dengan suatu produk insuran/takaful bagi seseorang; atau

(e) apa–apa perniagaan, perkhidmatan kewangan atau aktiviti lain berhubungan dengan suatu perkhidmatan kewangan.

PERBEZAAN WAKIL PENASIHAT KEWANGAN (FA) & EJEN INSURAN/TAKAFUL

FA/ISLAMIC FA

VS

EJEN INSURAN/TAKAFUL

(RUJUKAN : MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION)