fbpx

WAKIL PENASIHAT KEWANGAN

DILULUSKAN BANK NEGARA MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam perkenalan kepada anda semua.

Muhammad Aizat mula menyertai industri takaful dengan sebuah Operator Takaful terkemuka sebagai perunding takaful sepenuh masa sejak tahun 2015 sebelum diluluskan sebagai Wakil Penasihat Kewangan Islam (Islamic FAR) oleh Bank Negara Malaysia pada 2020. Muhammad Aizat juga merupakan Ahli Bersekutu Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) & Ahli Profesional Persatuan Cendekiawan Muda Shariah Malaysia (MySSA). Memperoleh sijil profesional perancangan kewangan “Islamic Financial Planner” dan “Certified Qualification in Islamic Finance (Wealth Management)” daripada Islamic Finance & Banking Institute Malaysia (IBFIM) masing-masing pada tahun 2019 &  2020.

Sebagai Wakil Penasihat Kewangan Islam (Islamic FAR) yang diluluskan Bank Negara Malaysia, Muhammad Aizat kini MEWAKILI PELANGGAN untuk mendapatkan khidmat dan nasihat perlindungan kewangan (insuran/takaful) yang tepat dan berkesan serta mempunyai akses dari pelbagai Penanggung Insuran dan Operator Takaful. Oleh itu, Muhammad Aizat dapat membantu bakal pelanggan untuk memilih produk insuran/takaful dari pelbagai pihak dengan penilaian yang bebas dan transparen.

InsyaAllah dengan pengalaman dan pengetahuan lebih daripada lima tahun sebagai perunding takaful sepenuh masa, Muhammad Aizat berkebolehan, berpengalaman dan berpengetahuan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dalam industri insuran dan takaful terutama dengan nasihat takaful yang berkesan dan tuntutan (claim) pelanggan.